Penduduk Kampung Bantal siap sedia hadapi banjir - Utusan Malaysia

Penduduk Kampung Bantal siap sedia hadapi banjir

KAWASAN rendah di Kampung Bantal di Ulu Tembeling, Jerantut mula dinaiki air ekoran hujan lebat sejak tengah hari hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira 560 penduduk Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini bersiap sedia menghadapi banjir setelah beberapa kawasan rendah di situ ditenggelami air kira-kira dua meter ekoran hujan lebat sejak tengah hari hari ini.

Ketua Kampung Kampung Bantal, Hamdan Ali berkata, rata-rata penduduk di situ kini tidak tidur lena bagi mengawasi situasi banjir.

Menurutnya, hujan yang berterusan membimbangkan penduduk kerana daripada pengalaman lalu, paras air akan meningkat naik pada tengah malam atau awal pagi.

“Bagaimanapun sehingga pukul 8 malam ini tiada lagi penduduk berpindah tetapi mereka sudah mengemas pakaian dan dokumen berkaitan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Hamdan berkata, lapan buah rumah kedai yang menjadi tumpuan penduduk di kawasan rendah telah dinaiki air dan dijangka air akan terus naik pada lewat malam ini jika hujan berterusan.

Menurutnya, mereka bimbang aliran air dari Kampung Pasir Raja, Terengganu kerana kawasan itu bersempadan dengan Ulu Terengganu .

Tambah beliau, Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Mat Daling dan Kampung Pagi antara kampung yang mengalami banjir terawal sebelum aliran Sungai Tembeling dan Sungai Pahang menghilir ke Jerantut, Temerloh, Maran dan Pekan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya