Penduduk beli bekalan makanan susulan PKPB - Utusan Malaysia

Penduduk beli bekalan makanan susulan PKPB

ORANG ramai mula membeli barang keperluan terutama bekalan makanan untuk kegunaan dalam tempoh PKPB yang bermula esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penduduk di bandar raya ini dilihat keluar membeli barang keperluan terutama bekalan makanan untuk kegunaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan selama empat minggu bermula esok.

Pengurus sebuah pasar raya di sini, Khairul Bariyah Hanim Sudin, 38, berkata, jumlah pengunjung meningkat sejak semalam selepas kerajaan mengumumkan PKPB.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di tujuh lagi negeri selama empat minggu bermula hari ini bagi membolehkan saringan bersasar untuk mengekang Covid-19.

“Orang ramai datang membeli bekalan makanan sebagai persiapan sepanjang PKPB ini sebaik premis dibuka pada pukul 9 pagi tadi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pelanggan, Tajul Din Mustafa, 58, dia melihat jumlah orang yang membeli barang keperluan agak ramai berbanding hari biasa.

“Saya hanya beli bekalan seperti biasa dan tidak berlebihan kerana tahu premis perniagaan masih beroperasi seperti biasa sepanjang PKPB.

“Tetapi mungkin ada sebilangan yang risau untuk keluar ketika PKPB dilaksanakan, jadi mereka mula membuat pembelian makanan untuk tempoh empat minggu,” ujarnya.

Seorang lagi pelanggan, Aisyah Samad, 49, berpendapat pembelian makanan untuk tempoh empat minggu lebih mudah dan selamat.

“Jika kami bersedia lebih awal pasti lebih mudah kerana tidak lagi perlu keluar dalam tempoh PKPB ini selain kita tidak tahu apa akan berlaku dalam tempoh berkenaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya