Pencemaran di loji IWK seminggu lalu - Utusan Malaysia

Pencemaran di loji IWK seminggu lalu

LEE HOY SIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pencemaran di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK) Taman Velox dipercayai telah berlaku sejak seminggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, IWK juga didapati tidak menutup loji sebaliknya masih menerima kumbahan tersebut.

“Pihak IWK dikatakan sudah menerima sisa buangan bahan kimia berwarna merah seakan-akan bau nangka sejak 4 November lalu namun tidak menutup loji tersebut. 

“Sisa buangan ini memenuhi sepenuhnya loji IWK dan mereka hanya melaporkan kes tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya ketika menjawab soalan tambahan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R.Rajiv di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini. 

Terdahulu, Rajiv bertanya berhubung perkembangan terkini dalang yang membuat salah laku pencemaran apabila IWK menafikan mereka terlibat dalam pencemaran itu. 

Loy Sian yang merupakan ADUN Kajang itu berkata, pihak IWK sudah membuat laporan polis pada masa itu. 

“Pihak SPAN juga dilaporkan bersetuju agar segala kumbahan yang masuk ke dalam loji IWK diangkat terus oleh lori IWK ke tempat lain. 

“Bahkan pencemaran ini bukan kali pertama berlaku di loji IWK, sebaliknya kejadian kali keempat. Dua kali di Bukit Mahkota (Semenyih), manakala dua lagi masing-masing di Batang Kali dan di Rawang,” ujarnya. 

“Kita berharap Kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu pencemaran di loji berkenaan kerana IWK dan SPAN di bawah pengurusan Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. (Air Selangor) memaklumkan empat Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan Fasa 1, 2 dan 3 telah dihenti tugas berikutan terdapat pencemaran bau di Sungai Selangor.

Pencemaran itu mengakibatkan lebih enam juta pengguna di tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air.

Pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor dipercayai berpunca dari kawasan Industri Kecil dan Sederhana di Taman Velox, Rawang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika ditemui di premis tersebut memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan perkara tersebut.

“Kami hanya menerima laporan daripada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) semalam kira-kira pukul 2.30 petang berkaitan pencemaran tersebut.

“Sejurus menerima laporan, tanggungjawab polis adalah menyiasat dan isu yang berlaku sebaliknya kami tidak dapat kenalpasti,ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya