Pencemaran dedah 17 premis tiada lesen perniagaan  - Utusan Malaysia

Pencemaran dedah 17 premis tiada lesen perniagaan 

NG SZE HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Pencemaran yang berlaku di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK) Taman Velox mendedahkan 17 daripada 62 premis di kawasan perindustrian ringan itu tidak mempunyai lesen perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, pemeriksaan dijalankan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di premis terletak berhadapan LRK IWK itu mendapati lesen perniagaan kesemua premis itu telah tamat tempoh.

Menurutnya, pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat 62 premis di lokasi ini adalah bengkel mesin dan jentera berat. 

“Pemeriksaan mendapati 17 daripadanya premis ini lesen perniagaan mereka tidak diperbaharui. Oleh demikian, kita telah mengarahkan kesemua premis yang terdiri daripada bengkel ini ditutup serta merta.  

“Kesemua mereka juga telah dikompaun RM1,000 dan mereka boleh memperbaharui lesen perniagaan semula sekiranya memenuhi syarat ditetapkan. Malah, sekiranya didapati melanggar syarat, mereka juga boleh dikenakan hukuman lebih berat dibawah Akta Alam Sekitar,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau premis yang menjadi punca pencemaran Sungai Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sze Han berkata, berdasarkan perancangan bandar sedia ada membenarkan bengkel beroperasi di kawasan perindustrian ringan berdekatan Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK). 

Bagaimanapun katanya, pemantauan berterusan akan dilakukan antara pihak berkuasa tempatan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan agensi penguat kuasa lain. 

“Saya ingin mengingatkan semua kepada pihak bahawa apa sahaja efluen yang dibuang akan terus ke longkang seterusnya ke sungai.

“Kita juga berharap pemilik premis perlu mengambil berat terhadap kegiatan penyewa mereka dan bukannya lepas tangan dengan tidak mengambil tahu apa aktiviti atau perniagaan yang dijalankan,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Sze Han berkata, pihaknya telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan melakukan pemantauan di kawasan empangan sungai.

“Mereka telah melakukan pemantauan tetapi memerlukan sedikit masa kerana kawasan pemeriksaan agak besar,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN