Penahanan dua lelaki bongkar 8,500 rokok seludup - Utusan Malaysia

Penahanan dua lelaki bongkar 8,500 rokok seludup

8,500 karton rokok seludup bernilai RM870,000 berjaya dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah rumah di Taman Tasek Indah, Kluang pada Selasa lalu.-Gambar Polis Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 8,500 karton rokok seludup bernilai RM870,000 berjaya dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) susulan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tasek Indah, Kluang, Selasa lalu. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil risikan pihak polis mendapati kedua-dua itu telah menjalankan kegiatan mengedar rokok seludup sejak empat bulan lalu dan dipercayai barangan jenama Misto ini untuk edaran di Kluang. 

Katanya, dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 petang itu, kedua-dua suspek berusia 30 tahun berkenaan sedang berada di dalam rumah teres satu tingkat. 

“Siasatan awal mendapati rumah tersebut adalah milik salah seorang suspek yang ditahan. Kita percaya rumah berkenaan dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup.

“Selain itu, polis turut merampas dua buah kereta mewah jenama Mercedes dan BMW dianggarkan berharga lebih RM1.6 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ayob Khan menambah, tangkapan dan rampasan rokok seludup dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Jelasnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Sabtu ini. 

“Polis Johor menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya