Penagih ugut bunuh adik, ibu kandung 

Penagih ugut bunuh adik, ibu kandung 

AZHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang penagih sanggup mengugut untuk membunuh adik perempuan dan ibu kandungnya semata-mata ingin mendapatkan wang bagi membeli dadah di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, suspek yang berumur 34 tahun mengugut adiknya yang berusia 29 tahun dan ibunya berusia 60-an ketika mereka berada di dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, ketika kejadian suspek yang dipengaruhi dadah dikatakan mengacukan sebilah pisau ketika meminta wang dengan adik dan ibunya itu.

“Suspek datang ke arah mangsa sambil membawa dan mengacu sebilah pisau sambil  mengugut mereka berdua.

“Disebabkan ketakutan kedua mangsa kemudian melarikan diri keluar dari rumah bagi meminta bantuan daripada jiran dan polis,” katanya di sini hari ini.

Azhar berkata, suspek juga seorang penganggur dikatakan sering mengamuk dan kerosakan barang-barang di dalam rumahnya sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang diterima daripada adik dan ibu suspek, polis telah memburu suspek dan berjaya ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang Ubi di sini kira-kira pukul 5 petang semalam.

Tambahnya, polis turut merampas sebilah pisau berukuran 21 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu di rumahnya.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polsi Daerah (IPD) Kulim untuk soal siasat lanjut.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Tambahnya, suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN