Pemimpin Pas Pahang maut nahas motosikal - Utusan Malaysia

Pemimpin Pas Pahang maut nahas motosikal

Keadaan motosikal ditunggang Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Pahang, Abdul Muzir Samsudin yang dilanggar sebuah kereta di Kilometer 61 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas negeri maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta jenis Nissan Almeera di Kilometer 61 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu menyebabkan mangsa, Abdul Muzir Samsudin, 48, yang menunggang motosikal Honda RS150 parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Shahril Abd. Rahman berkata, ketika kejadian, Nissan Almeera dipandu wanita berusia 25 tahun dari Kuala Lumpur dipercayai tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.

“Kereta itu kemudian berpusing beberapa kali ke kiri jalan dan terlanggar motosikal Honda RS150 ditunggang mangsa yang berada di lorong kiri . 

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong di sini untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian jalan basah dan cuaca hujan.

Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya