Pemilihan MPP Usim catat 89 peratus undi - Utusan Malaysia

Pemilihan MPP Usim catat 89 peratus undi

Dr. Mohamed Ridza Wahiddin (empat,kiri) dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Usim, Prof. Madya Dr. Mohd. Rushdan Mohd. Jailani (tiga,kiri) bersama pengurusan Usim menunjukkan tanda bagus dengan pencapaian e-undi di Usim, Nilai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) bagi 2020/2021 yang dijalankan secara dalam talian atau e-undi berjaya mencatat peratusan pengundian yang tinggi iaitu 89.79 peratus.

Pengumuman keputusan rasmi Pemilihan MPP Usim, dibuat oleh Naib Canselornya, Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin.

Menurut Mohamed Ridza, peratusan itu mewakili 9,365 orang pelajar daripada 10,429 orang pelajar layak mengundi semalam yang bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang menerusi platform dalam talian.

“Pemilihan MPP ini amat bersejarah kerana keseluruhan prosesnya bermula daripada proses penamaan calon, kempen dan pembuangan undi dilakukan secara dalam talian selain cabaran besarnya para pelajar kini tidak berada di kampus kerana mengikuti pembelajaran dan pengajaran (PnP) secara dalam talian di rumah.

“Alhamdulillah, saya tidak menjangka kita mendapat peratusan pengundian yang tinggi sebegini kerana menyedari pastinya ada kekangan kepada pelajar memandangkan mereka berada di rumah masing-masing. Ini menampakkan satu semangat bahawa para pelajar kita cakna dalam memilih pemimpin mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Ridza, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Fakulti Pergigian (FPg) mencatat 100 peratus pelajarnya turun mengundi.

“Tiga buah fakulti lain turut mencatat peratusan pelajarnya yang tinggi mengundi iaitu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (98 peratus) Fakulti Sains dan Teknologi (95.53 peratus) dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama mencatat 90.94 peratus.

“Harapan saya adalah sumbangan dan prestasi kepemimpinan baharu MPP Usim akan bertambah baik dan tidak semestinya kehidupan norma baharu ini akan menyebabkan prestasi dan sumbangan mereka akan menurun”, katanya.

Dalam pemilihan kali ini, seramai 39 calon bertanding bagi mengisi kuota sembilan Kerusi Umum manakala 23 calon bertanding bagi mengisi 18 kuota di Kerusi Fakulti.

Pertandingan bagi mengisi Kerusi Fakulti hanya berlaku di empat buah fakulti manakala lima buah fakulti calonnya diisytihar menang tanpa bertanding.

Dalam pertandingan di Kerusi Umum menyaksikan pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Mior Muhammad Khalis Mior Ahmad Zaini menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 6,480 yang juga merupakan bekas Naib Yang Dipertua Persatuan Pelajar FPQS sesi 2019/2020.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya