Pembantu kedai elektrik dikompaun RM1,000 - Utusan Malaysia

Pembantu kedai elektrik dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Tindakan seorang lelaki yang masih bersikap sambil lewa terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 membawa padah apabila dia dikompaun RM1,000.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai elektrik itu dikompaun dalam operasi pemantauan di kedai makan Kelab Alamanda di sini hari ini.

“Individu berkenaan tidak mendaftar masuk ke dalam premis dan tidak menyukat suhu badan serta tidak menggunakan pencuci tangan yang disediakan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, suspek dinasihatkan selepas ini supaya mengikut SOP ditetapkan untuk masuk ke dalam mana-mana premis.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya