Pemandu menahan sakit selepas tersepit setengah jam dalam nahas dua buah kenderaan - Utusan Malaysia

Pemandu menahan sakit selepas tersepit setengah jam dalam nahas dua buah kenderaan

Mangsa yang tersepit dalam kereta selepas terbabit dalam kemalangan dua buah kenderaan di Jalan Bahau-Gemencheh, Tampin pagi tadi, berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba -UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang pemandu terpaksa menahan sakit selepas tersepit hampir setengah jam apabila terbabit dalam nahas melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Bahau-Gemencheh, dekat sini, pagi tadi. 

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 11.14 pagi.

Menurut Ketua Balainya, Norfaizal Ahmad, pihaknya tiba di lokasi pukul 11.34 pagi dan mendapati seorang pemandu kereta Perodua Kancil berusia lewat 20-an tersepit dan masih dalam kenderaan berkenaan.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

“Kami mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk mengeluarkan pemandu Kereta Perodua Kancil dan kemudiannya mangsa diserahkan kepada pasukan paramedik untuk dikejarkan ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, seorang penduduk, Ridzuan Abdul Jalil, 51, berkata, dia kebetulan melalui kawasan berkenaan kerana baru sahaja melihat kawasan banjir di Felda Bukit Rokan.

Menurutnya, semasa sampai, kemalangan sudah pun berlaku dan mangsa masih tersepit di dalam kereta Perodua Kancil.

“Mangsa dalam keadaan sedar dan kami tak dapat bantu keluarkan mangsa kerana mangsa tersepit di bahagian kaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya