‘Pelamin anganku musnah’, rumah pengantin perempuan dilanda banjir - Utusan Malaysia

‘Pelamin anganku musnah’, rumah pengantin perempuan dilanda banjir

NORHAZILAH Moin (kiri) bersama kakaknya, Norhanidah mengangkat baju pernikahan yang sempat diselamatkannya dalam kejadian banjir di Kampung Kilang Berapi, Merlimau di Jasin. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Tanggal 20 November sepatutnya menjadi tarikh paling diingati seorang bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, namun sama seperti rumahnya yang terendam air banjir, Norhazilah Moin, 27, juga terpaksa berendam air mata.

Bukan sahaja sudah tiga kali tertangguh untuk berkahwin sejak Mac lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini Norhazilah dan keluarga sekali lagi diuji apabila kediaman mereka di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dinaiki air sehingga paras pinggang.

Mengikut perancangan, anak bongsu daripada tiga beradik itu sepatutnya bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jasin pada pagi ini sebelum mengadakan majlis kecil-kecilan bersama ahli keluarga selepas itu.

Katanya, hanya sepasang baju pengantin yang sempat diselamatkannya manakala pelamin untuk kegunaan bergambar kenangan dan set bilik tidur yang baharu dibeli rosak akibat terendam air dalam kejadian malam tadi.

Menceritakan semula detik cemas itu, dia berkata, mereka sekeluarga sedang berehat selepas mengadakan majlis pertunangan ringkas pada sebelah petang sebelum menyedari air mula memasuki rumah dengan pantas sejak pukul 7 malam.

“Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa, malah baju pengantin saya pun sudah terendam sikit dalam air banjir, mujur saya teringat dan segera mengangkatnya tetapi pelamin dan kelengkapan lain memang dapat tengok sahaja,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya