Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh Siti Nor Surya - Utusan Malaysia

Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh Siti Nor Surya

SITI Nur Athirah Azmi dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Marang, Terengganu hari ini -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang pelajar Tingkatan Enam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan baiknya, Siti Nor Surya Ismail, 19, pada 1 November lalu. 

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.36 pagi. 

Siti Nur Athirah yang kelihatan tenang sempat memandang ke arah kedua ibu bapanya dan ahli keluarga yang melambai serta memanggil namanya ketika dibawa masuk ke dalam mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, Siti Nur Athirah didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Siti Nor Surya di sebuah rumah di Lot 5063, Kampung Lubuk Batu di Jalan Bukit Tadok Telemong, Hulu Terengganu antara pukul 8.30 hingga 9.30 pagi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md. Zain. 

Engku Nurul Ain kemudian menetapkan 10 Januari 2021 untuk sebutan semula. 

Pada 1 November lalu, Utusan Malaysia melaporkan Siti Nor Surya ditemukan mati tertiarap dengan pergelangan tangan kirinya putus di samping kesan kecederaan lain di muka dan badan.

Tertuduh yang tinggal hampir dua kilometer dari kediaman mangsa ditahan kira-kira pukul 8.15 pagi di Balai Polis Telemong di Hulu Terengganu semasa tampil memberikan keterangan, pada 2 November lalu.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya