Pelajar SPM Pahang dapat RM50 - Utusan Malaysia

Pelajar SPM Pahang dapat RM50

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pelajar di negeri ini yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan akan menerima RM50 setiap seorang. 

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. 

Wan Rosdy dalam ucapannya berkata, sumbangan itu diharap dapat digunakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan tersebut tahun depan.

“Dianggarkan, seramai 15,054 pelajar akan menduduki peperiksaan berkenaan. 

“Sumbangan itu akan melibatkan peruntukan kewangan kira-kira RM752,700,” katanya.

Wan Rosdy dalam pada itu berkata, satu elemen baharu yang diperkenalkan pada sidang DUN kali ini ialah, menetapkan secara teratur, susunan ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak membahaskan Rang Undang-undang (RUU) dibentangkan.

“Penetapan ini kepada saya, satu langkah berfokus, wajar dan bijak hinggakan pada persidangan ini, buat pertama kalinya, hampir kesemua ahli-ahli Yang Berhormat atau seramai 28 orang daripada 31 orang, telah menyertai perbahasan.

“Dengan masing-masing ahli Yang Berhormat tahu masa dan giliran mereka hendak berbahas, telah benar-benar menjimatkan masa dan melancarkan perjalanan Dewan,” katanya.

Jelasnya, pada persidangan DUN kali ini, setiap ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit untuk berbahas dan pada akhir tempoh tersebut, suiz mikrofon di depan mereka dimatikan seketika. 

“Ia sekali gus memberi isyarat tentang berakhirnya tempoh masa yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya