Pelajar positif Covid-19 punca SMK Jalan Kota Tinggi ditutup - Utusan Malaysia

Pelajar positif Covid-19 punca SMK Jalan Kota Tinggi ditutup

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kota Tinggi ditutup selama tujuh hari bermula hari ini setelah salah seorang pelajarnya disahkan positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Penutupan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kota Tinggi di sini yang ditutup selama tujuh hari bermula hari ini berpunca apabila salah seorang pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Menurut sumber, pelajar itu yang tinggal di Taman Seri Impian dan abangnya yang belajar di sebuah sekolah agama berhampiran disahkan positif Covid-19 dan mereka sedang menjalani rawatan manakala ahli keluarganya yang lain dikuarantin.

“Sekolah ini mempunyai seramai kira-kira 970 pelajar dan 75 guru sesi pagi dan petang dan ibu bapa mendapat surat pemakluman penutupan daripada pentadbiran sekolah petang semalam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Terdahulu, Pengarah Pendidikan Johor, Shaharudin Saari memaklumkan sekolah berkenaan ditutup tujuh hari dan sehubungan itu semua guru sekolah diarahkan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian berdasarkan kesesuaian serta keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan itu.

“Penutupan sekolah dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar dijalankan,” katanya menerusi satu surat arahan kepada sekolah itu semalam.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang yang berkata, penutupan itu dibuat bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di seluruh bangunan sekolah.

Beliau berkata, pelajar lelaki berkenaan dan anggota keluarganya disahkan positif Covid-19 oleh Hospital Kota Tinggi selepas menjalani ujian calitan pada 5 November lalu di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.

“Ini bermakna jangkitan berlaku di hospital, semasa melawat keluarga yang sakit. Selain empat sekeluarga ini, seorang saudara mereka turut disahkan positif Covid-19 setelah mendapat jangkitan daripada sumber yang sama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN