Pelajar lemas dalam tali air - Utusan Malaysia

Pelajar lemas dalam tali air

Muhamad Alif Asyraf Parudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keseronokan tiga sahabat mandi-manda di tali air Kampung Telaga Bata, Sering, di sini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan mati lemas pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, Muhamad Alif Asyraf Parudin, 13, yang tidak tahu berenang dikatakan tergelincir ke dalam tali air terbabit sebelum tenggelam dan hilang.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Fauzi Yasid berkata, enam anggota menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima panggilan pada pukul 10.08 pagi.

“Mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 10.43 pagi tidak jauh dari lokasi dia dikatakan terjatuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, datuk saudara mangsa, Ab. Llah Ismail, 65, berkata, sebaik sahaja mengetahui perkara itu, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pasukan bomba sedang mencari cucunya. 

Ab. Llah berkata, mangsa memaklumkan kepada ibunya untuk mandi di tali air bersama rakan karibnya kira-kira pukul 9 pagi.

“Ibu dia memang tidak benarkan anaknya bermain air biarlah dia merayu macam mana pun. Ibunya tahu dia tidak pandai berenang,” katanya.

Muhamad Alif Asyraf merupakan pelajar di Sekolah Menengah Ugama (A) Tharbiyah Mardhiah, Panchor.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya