ALOR SETAR: Pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman di negeri ini kecewa apabila tidak dapat mengikuti sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) secara dalam talian berikutan capaian internet yang kurang memuaskan. Mereka mendakwa sering ketinggalan dalam beberapa siri PDPR kerana capaian internet lemah terutamanya ketika hujan. Seorang pelajar, Muhammad Arissyafiq Mohamad Arishan, 17, dari Kampung Barokhas di sini berkata, capaian internet di kawasan kampungnya lemah dan dia selalu tidak dapat mengikuti PDPR secara dalam talian pada waktu-waktu tertentu. Menurutnya, dia yang merupakan pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya