PEKT ditubuh semua negeri dikuasai PH - Utusan Malaysia

PEKT ditubuh semua negeri dikuasai PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (PEKT) di semua negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, perjawatan tersebut ditubuhkan bagi membantu kerajaan persekutuan untuk mendapatkan maklumat serta menyelesaikan masalah penduduk di sesebuah kawasan.

“Pegawai PEKT akan bertindak seperti ahli majlis dalam setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Mereka akan memberikan bantuan kepada penduduk setempat yang dilanda musibah seperti kebakaran rumah, banjir dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 288 pegawai PEKT yang dilantik adalah ahli parti politik dalam komponen Perikatan Nasional (PN) dan akan diletakkan di kesemua majlis daerah dalam negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang berkata, bilangan pegawai PEKT diletakkan berdasarkan status sesebuah majlis daerah.

“Sekiranya status majlis daerah ini adalah majlis bandaraya, maka lebih ramai pegawai  akan diletakkan di dalam daerah itu.

“Pegawai ini akan mendapat elaun RM2,000 sebulan dan mendapat peruntukan untuk membantu rakyat sebanyak RM10,000 setahun,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya