Pekerja asing carum Perkeso layak subsidi saringan Covid-19

Pekerja asing carum Perkeso layak subsidi saringan Covid-19

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pekerja warganegara asing yang merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak menjalani ujian saringan Covid-19 secara bersubsidi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, tarikh pelaksanaan di bawah Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso itu akan diumumkan kemudian.

“Ujian itu dengan menggunakan kaedah RTK Antigen perlu dijalankan di klinik atau hospital yang telah berdaftar sebagai Klinik Panel Program Saringan Kesihatan Perkeso,” jelas beliau menerusi kenyataan hari ini.

Direktori klinik tersebut boleh dirujuk menerusi portal https://psp.perkeso.gov.my namun kos hendaklah dibayar majikan terlebih dahulu sebelum memohon subsidi PSP daripada Perkeso.

Saravanan menambah, Perkeso akan membuat bayaran subsidi itu sehingga RM60 bagi setiap ujian yang dijalankan tetapi ia hanya dibuat sekali sahaja untuk setiap pekerja terbabit.

“Ia susulan hasil sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 20 November lalu yang memutuskan bahawa pekerja asing wajib menjalani ujian saringan Covid-19,” tegas beliau.

Bagaimanapun arahan tersebut hanya meliputi mereka yang bekerja di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang serta Sabah.

Maklumat lanjut berhubung PSP akan dikemas kini melalui portal itu dan sebarang pertanyaan boleh diaju kepada Perkeso menerusi e-mel [email protected] atau talian 1-300-22-8000.

Pada masa sama, Saravanan juga mengingatkan majikan perlu mengambil langkah proaktif mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Akta yang turut dirujuk sebagai Akta 446 itu dikuatkuasakan Kementerian Sumber Manusia sebagai usaha mencegah penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja mereka sendiri.

TAMAT

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya