Pegawai perubatan maki pesakit kanser disiasat - Utusan Malaysia

Pegawai perubatan maki pesakit kanser disiasat

SEORANG pegawai perubatan hospital kerajaan memuat naik satu kenyataan berbaur cacian kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan penyakit kanser. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pihak Pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pegawai perubatan yang memaki pesakit di laman sosial baru-baru ini.

Pengarah HSA, Dr. Mohtar Pungut berkata, pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara itu dengan lebih teliti.

Menurutnya, sekiranya didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pegawai perubatan terbabit.

“Kita memandang serius terhadap tindakan seorang pegawai perubatan yang menghamburkan kata-kata makian terhadap pesakit dalam laman sosial baru-baru ini.

“Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini dan tindakan akan diambil sekiranya didapati bersalah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial seorang pegawai perubatan memuat naik satu kenyataan berbaur cacian kepada pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat penyakit kanser.

Tambah Dr. Mohtar, pihaknya turut memohon maaf atas kenyataan dikeluarkan pegawai perubatan tersebut yang telah menyinggung perasaan masyarakat negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya