PDRM diarah segera siasat  - Utusan Malaysia

PDRM diarah segera siasat 

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah menjalankan siasatan menyeluruh bagi  mengenal pasti kumpulan penjenayah yang melakukan serangan terhadap dua anggota  Pasukan Gerakan Am (PGA) di Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, Perlis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata,  kerajaan  amat memandang serius kejadian berbalas tembakan itu sehingga menyebabkan salah seorang anggota PGA itu terkorban.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah  rentas sempadan. 

“Siasatan awal mendapati kejadian ini bermula apabila dua anggota PGA sedang  melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian diserang dua kumpulan disyaki terdiri daripada warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan kegiatan jenayah penyeludupan di sempadan.  

“Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli terkorban dalam kejadian berbalas tembakan itu, manakala  rakan setugas mangsa, Koperal T. Norihan cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

Beliau pada masa sama mewakili kementerian mengucapkan takziah kepada  keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian serangan tersebut.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya