Patuhi SOP PKPB - Sultan Ibrahim - Utusan Malaysia

Patuhi SOP PKPB – Sultan Ibrahim

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kepada masyarakat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Titah baginda, pematuhan itu bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Patuhi SOP sepanjang pelaksanaan perintah PKPB bagi memutuskan rantaian Covid-19,” titah Baginda dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.

Sehingga semalam, terdapat sembilan kes baharu yang dilaporkan di negeri ini dengan tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeri, satu jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan lima kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 994 kes dengan 21 kematian.

Sebanyak 897 kes telah pulih (90.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) dengan 76 kes Covid-19 yang aktif dan telah pun diasingkan dan diberi rawatan di hospital. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya