Pasir Gudang naik status bandar raya - Utusan Malaysia

Pasir Gudang naik status bandar raya

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyerahkan watikah pemasyhuran pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang kepada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad. Gambar: Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang sebagai Majlis Bandaraya Pasir Gudang mulai hari ini.

Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, watikah pemasyhuran pengisytiharan diserahkan Baginda kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pasir Gudang yang diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang  pada 1 Julai 2008 kini di bawah pentadbiran Yang Dipertua, Zainor Adani.

Pasir Gudang dahulunya dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan kini mempunyai kepadatan penduduk lebih 500,000 orang dan menjadi antara kawasan perindustrian terbesar di Malaysia serta penyumbang utama kepesatan pembangunan di Johor. 

Selaras dengan pengisytiharan MBPG, jawatan YDP akan bertukar kepada gelaran Datuk Bandar.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima mengadap takzim Menteri Besar Johor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Selain itu turut menghadap Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Negeri Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang Ke-62 hari ini. – UTUSAN ONLINEjuani

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya