Pasangan kekasih jadikan hotel bajet sarang edar, hisap dadah  - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih jadikan hotel bajet sarang edar, hisap dadah 

SEPASANG kekasih yang menjadikan sebuah hotel bajet di Juru, Pulau Pinang sebagai tempat menghisap dadah sejak empat hari lalu ditahan AADK Seberang Perai Tengah semalam.-Gambar IHSAN AADK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sepasang kekasih yang menjadikan hotel bajet di Juru, dekat sini sebagai tempat mengedar dan menghisap dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Seberang Perai Tengah semalam.

Pasangan berusia 27 dan 32 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi hasil risikan selepas AADK menerima maklumat berhubung kegiatan mereka.

Pengarah AADK negeri, Elmariah Chung berkata, pihaknya menerima laporan pasangan terbabit sering keluar masuk ke hotel itu bersama beberapa rakan sehingga menimbulkan rasa curiga.

“Sehubungan itu, kita melakukan intipan sebelum menjalankan operasi menahan mereka.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di bilik hotel berkenaan sejak empat hari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, ujian saringan air kencing ke atas pasangan terbabit turut mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis syabu.

Tambah beliau, suspek lelaki juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala teman wanitanya terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak Mac lalu.

Ujarnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) Pindaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN