Pas Melaka kecam pihak hina Presiden - Utusan Malaysia

Pas Melaka kecam pihak hina Presiden

KAMARUDDIN Sedik (tengah) menunjukkan poster jelik memaparkan gambar Presiden Pas yang disunting pihak tidak bertanggungjawab selepas membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh, Melaka, hari ini. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pas negeri mengecam tindakan sebuah akaun Facebook yang memuat naik hantaran berbentuk poster menghina Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Laman sosial yang menggunakan nama Melaka State itu didapati menyiarkan satu hantaran mempunyai gambar badan bayi yang disunting dengan wajah Abdul Hadi dan disiarkan sejak semalam.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat oleh Badan Perhubungan Pas Melaka di Balai Polis Ayer Keroh, di sini yang diketuai Pesuruhjayanya, Datuk Kamaruddin Sedik.

Kamaruddin berkata, tindakan biadab itu jelas menampakkan serangan peribadi kepada pemimpin yang tidak sepatutnya berlaku meskipun berlainan fahaman politik.

Ujar beliau, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan segera ke atas pengendali laman Facebook berkenaan, selain mengheret mereka ke muka pengadilan.

“Sudah sampai masanya tindakan tegas diambil ke atas mereka yang sengaja menyiarkan laporan yang boleh mengundang kemarahan rakyat, khususnya umat Islam di negara ini.

“Laporan sama akan dibuat oleh setiap Pas kawasan di negeri ini bagi mendesak pihak berkuasa untuk bertindak tegas terhadap pihak yang cuba menghina pemimpin Islam,” katanya selepas membuat laporan itu, di sini hari ini.

Tambah Kamaruddin, pihaknya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat perkara tersebut.

Malah, beliau berharap lebih banyak pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap penyiaran gambar jelik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengenal pasti pihak terlibat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya