Pandangan peribadi tidak mewakili parti - Mahdzir Khalid - Utusan Malaysia

Pandangan peribadi tidak mewakili parti – Mahdzir Khalid

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Apapun pandangan atau kenyataan dikeluarkan pemimpin-pemimpin politik, seharusnya tidak dianggap sebagai pandangan mewakili parti politik sebaliknya lebih bersifat peribadi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, apa yang penting adalah sesuatu keputusan itu harus dibuat secara bersepakat dan bersama bagi menguatkan struktur parti politik.

“Jadi UMNO mesti mempunya arah tuju dan fokus yang sama. Kalau masing-masing membawa diri kita mengeluarkan pandangan itu adalah pendapat peribadi dan bukannya parti sebab apapun keputusan ia haruslah datang daripada biro politik dalam parti dan juga Majlis Tertinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Ditanya sama ada pandangan yang dikeluarkan akan menjejaskan Belanjawan 2021 yang akan diluluskan Khamis ini, beliau menafikannya.

“Pandangan peribadi ini tidak akan menjejaskan belanjawan sebab percakapan soal politik adalah berlainan. Belanjawan ini bergantung kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan setakat ini saya tidak nampak sebarang masalah.

“Berkenaan pandangan Ku Li, beliau seorang sahaja kan yang dilihat tidak mahu menyokong belanjawan? Apapun pandangan yang diberikan itu adalah tindakan peribadi masing,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN