Padang Hoki Kompleks Sukan MBSP jadi hab pembangunan bakat - Utusan Malaysia

Padang Hoki Kompleks Sukan MBSP jadi hab pembangunan bakat

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISWAN SHAFIQ ISA/PIX (ai)

KEPALA BATAS: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin Padang Hoki Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang telah dinaik taraf di sini mampu menjadi hab kepada pembangunan bakat sukan itu khususnya di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun kos keseluruhan projek itu hanya sekitar RM4 juta, namun kewujudan padang tersebut memberikan nafas dan semangat baharu kepada peminat hoki tempatan.

“Kerajaan akan sentiasa berusaha menyediakan fasiliti dan kemudahan sukan yang lebih baik kepada masyarakat, berkualiti serta menepati spesifikasi ditetapkan. 

“Dengan adanya fasiliti dan kemudahan padang hoki yang selesa dan baharu seperti ini, kita mohon kerjasama semua pihak memastikan kesinambungan legasi sukan dapat direalisasikan,” katanya selepas merasmikan projek naik taraf padang hoki itu, di sini malam semalam.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menegaskan, kementeriannya akan terus berusaha melonjakkan pembangunan belia dan sukan seiring dengan peruntukan yang disalurkan menerusi Bajet 2021.

Dalam sesi pembentangan belanjawan tersebut, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan dana berjumlah RM103 juta untuk membina, menaik taraf, dan menyelenggara kemudahan sukan di seluruh negara selain RM55 juta untuk program pembangunan sukan berprestasi tinggi termasuk RM15 juta buat e-Sukan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya