Padah libas parang ugut jiran, penggangur berdepan penjara 17 tahun

Padah libas parang ugut jiran, penggangur berdepan penjara 17 tahun

S. GUNASEGARAN (tengah) diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini kerana menggunakan senjata dan mengugut jirannya. - FOTO/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penganggur berdepan hukuman penjara 17 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melibas sebilah parang dan mengugut untuk membunuh jirannya, pada awal bulan ini.

Tertuduh, S. Gunasegaran, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Gunasegaran didakwa menggunakan sebilah parang panjang berhulu putih dengan ukuran kira-kira 85 sentimeter yang dilibas ke arah pengadu, M. Ulaganathan, 50.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. 

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tujuh tahun kerana mengeluarkan kata-kata ugutan kepada pengadu sambil melibas parang tersebut.

Kedua-dua tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 1.30 petang di Tanjung Kling, dalam daerah Melaka Tengah pada 1 November lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas tertuduh tidak berpuas hati terhadap pengadu yang didakwa telah menyusahkan ibunya. 

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain tidak menawarkan sebarang jaminan namun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau meminta jaminan bersyarat diberikan. 

Peguam Ahmad Soleh Yusof yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan menanggung seorang isteri orang kelainan upaya (OKU) dan empat anak yang masih kecil. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan serta tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai. 

Elesabet kemudian menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya