Padah aib nama KPN dan Ketua Polis Johor - Utusan Malaysia

Padah aib nama KPN dan Ketua Polis Johor

Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) melihat rokok dan arak seludup yang dirampas bernilai RM2.5 juta untuk dimusnahkan di IPK Johor. - UTUSAN ONLINE RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Seorang ahli pertubuhan haram bakal berdepan dua lagi pertuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan nama Ketua Polis Negara (KPN) , Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis (KP) Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan berkata, tindakan itu akan diambil susulan lelaki berusia 39 tahun itu memuat naik video berunsur fitnah di Facebook Defend People’s Rights Group pada 20 November lalu.

“Polis Johor kini sedang membuka kertas siasatan bagi kes tohmahan yang dibuat terhadap saya dan KPN baru-baru ini.

“Sebelum ini, lelaki itu pernah dituduh bagi lima kes mengikut Seksyen 14 Akta Hasutan, Seksyen 90 Akta Polis kacau ganggu di balai polis, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai K. Haridas didakwa memuat naik sebuah video berdurasi 17 minit 39 saat di Facebook milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mendapat tontonan sebanyak 200,000 kali selain turut dikongsi lebih 1,000 pemilik akaun.

Suspek bertindak memuat naik satu hantaran video di Facebook yang mengkritik pihak penjara dan mendakwa kebajikan banduan tidak dijaga.

Selain itu, dia menabur fitnah bahawa KP Johor dan KPN tidak layak memegang jawatan tersebut.

Dalam pada itu Ayob Khan berkata, lelaki itu kini ditahan di lokap Balai Polis Kangkar Pulai semalam selepas gagal membayar jaminan RM10,000.

“Semalam, dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini dan dimasukkan ke dalam lokap selepas gagal membayar jaminan,” katanya.

Beliau berkata, terdahulu, lelaki itu ditahan pada pukul 9 malam di rumahnya di Taman Pasir Mas, Rantau, Negeri Sembilan, Isnin lalu.

Katanya, dia ditahan bagi kes berkaitan mengugut anggota polis pada 2017 yang siasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Sebelum itu, dia dipanggil untuk memberi keterangan tetapi tidak menghadirkan diri dan dia telah disenaraikan dalam senarai individu dikehendaki.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya