Ops Benteng tahan 24 PATI di pesisir pantai Telur Ramunia - Utusan Malaysia

Ops Benteng tahan 24 PATI di pesisir pantai Telur Ramunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai sedang menunggu untuk keluar dari negara ini berjaya ditahan dalam Ops Benteng di pesisir pantai Teluk Ramunia, Bandar Penawar d sini hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka ditahan atas maklumat yang diterima pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada pukul 12.05 pagi setelah mengesan pergerakan masuk bot mencurigakan yang menghala ke lokasi berkenaan.

“Serbuan yang dilakukan sekitar pukul 2 pagi oleh kumpulan Quick Reaction Force (QRF) yang kemudiannya berjaya menahan PATI warga Indonesia setelah dipercayai sedang menunggu untuk keluar dari negara ini menggunakan laluan tidak sah.

“Semua warga asing yang ditahan terdiri daripada 24 lelaki dan seorang wanita yang berusia sekitar 21 hingga 43 tahun,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, sejurus penahanan itu, pihaknya juga merampas pelbagai barangan termasuk wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM78,846.94.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen. 

“Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai. Pasukan kemudian meneruskan atur gerak QRF bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya