Operasi cari kanak-kanak dihanyut arus diperluas 7 kilometer

Operasi cari kanak-kanak dihanyut arus diperluas tujuh kilometer

IBU kepada kanak-kanak yang dihanyutkan arus sungai semalam, Maizatul Nadia Zulkifli menunggu di tepi tebing ketika pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari anaknya di Ipoh hari ini. - FOTO/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor di sini semalam diperluas sehingga tujuh kilometer ke Sungai Kinta.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azmi Osman berkata, operasi yang memasuki hari kedua itu menggunakan lima buah bot di mana dua bot daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dan Ipoh.

Katanya, operasi pencarian juga dibahagikan kepada tiga zon yang lokasi terakhirnya adalah pertembungan antara Sungai Pari dan Sungai Kinta berhampiran Kampung Temiang.

“Usaha pencarian diperluaskan sehingga tujuh kilometer ke kawasan Sungai Kinta menggunakan dua bot selain dibantu tiga bot dan tiga kayak yang dikendalikan oleh 10 individu dalam team ‘rafting’, Kamparado. 

“Operasi melibatkan lebih 17 pegawai dan anggota itu turut dibantu aset-aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Ipoh, Zon 1 dan Batu Gajah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menjangkakan operasi mencari kanak-kanak itu diperluaskan hingga ke Sungai Perak sejauh 23 kilometer.

Katanya, melihat kepada faktor air deras dan keadaan cuaca semasa, mangsa mungkin boleh dihanyutkan lebih jauh atau menyebabkan dia tersangkut ke tebing.

“Penilaian dilakukan dari semasa ke semasa dan mungkin esok akan diperluaskan hingga ke Sungai Perak. Kita mengarahkan BBP Teluk Intan untuk bersedia sebarang kemungkinan,” katanya. 

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut menurunkan aset baharu, dron jenis DJI Mavic2 Enterprise bagi membantu operasi mencari dan menyelamat sejauh satu kilometer.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry dihanyutkan arus selepas terjun ke dalam Sungai Chepor untuk menyelamatkan rakannya yang terjatuh semasa cuba mengambil selipar.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakan lelaki lain datang ke kawasan berkenaan untuk mandi sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya