Op Tiru rampas 3,180 pakaian - Utusan Malaysia

Op Tiru rampas 3,180 pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Menyalah guna cap dagangan berdaftar menggunakan jenama terkenal seperti Puma, Adidas, Nike, Chanel dan Louis Vuitton.

Demikian dilakukan seorang peniaga pakaian secara dalam talian terkenal yang ditahan ketika Op Tiru di Taman Enyum, Arau, Perlis kelmarin.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perlis, Norazah Jaapar berkata, peniaga pakaian berusia 21 tahun itu ditahan bersama tiga pekerja di premisnya pada pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, ketika operasi itu, anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 3,180 pasang pakaian di premis berkenaan yang bernilai RM95,400.

Kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya