Nenek serik terperangkap dalam banjir - Utusan Malaysia

Nenek serik terperangkap dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Serik dengan pengalaman terperangkap di rumahnya ketika banjir besar enam tahun lalu mendorong seorang warga emas di Kampung Pasir Gajah di sini berpindah bagi mengelak tragedi sama berulang.

Hamidah Long, 75, yang tinggal berseorangan akur arahan berpindah oleh pasukan keselamatan kerana bimbang keselamatan dirinya.

“Saya risau kalau banjir berlaku dan walaupun anak-anak tinggal di kampung berhampiran, tetapi rumah mereka pun dinaiki air,” katanya ketika ditemui pemberita selepas dibawa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Chukai ke pusat pemindahan sementara (PPS) di kampung itu hari ini.

HAMIDAH LONG

Hamidah yang menghidap penyakit jantung berkata, tragedi banjir besar pada 2014 telah menenggelamkan rumahnya sehingga paras bumbung sebelum diselamatkan orang kampung pada pukul 3 pagi.

Katanya, ketika kejadian itu, dia hanya berlindung pada atap rumah bersama kucing dan tidak sanggup membayangkan jika keadaan sama berulang.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir Gajah, Razali Omar lega warga emas itu berjaya dipindahkan ke PPS kerana bimbang keadaan kesihatan Hamidah.

“Sekurang-kurangnya kalau dia berpindah, kita boleh tengokkan sekiranya sakit di samping mudah untuk dibawa ke hospital kerana dia memerlukan pemeriksaan berjadual,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya