GEORGETOWN: Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh hasil tangkapan dua ekor ikan yu kemian dengan anggaran berat 26 kilogram ketika menjala ikan di Pulau Kendi, berhampiran kawasan Teluk Kumbar, di sini kelmarin. Roslizan Ramli, 39, berkata, dia terkejut sebaik sahaja mendapati rawai yang baru dilepaskan kurang sejam ke dalam laut itu terkena pada mulut spesies ikan tersebut kira-kira pukul 3 petang. Menurutnya, tangkapan yang diperolehnya itu adalah pertama kali sejak menjadi nelayan 25 tahun lalu dan menganggapnya rezeki yang dianugerahkan kepadanya ketika negara dilanda penularan pandemik Covid-19. “Tidak sangka rutin harian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya