Nelayan junjung kasih kurniaan Sultan Johor - Utusan Malaysia

Nelayan junjung kasih kurniaan Sultan Johor

HAZLAN Harun (kanan) bersama-sama rakan nelayan melihat enjin motor yang dikurniakan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan enjin bot kepada lima nelayan Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, Mersing hari ini. 

Pengurniaan itu adalah susulan permintaan mereka yang telah diutarakan ketika lawatan Sultan Ibrahim ke Pulau Aur pada 28 Oktober lalu.

Nelayan, Hazran Harun berkata, dia terharu dan tidak menyangka permintaan mereka dikurniakan oleh Baginda dengan pemberian enjin bot berkenaan.

“Kami semua menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan atas kurniaan enjin ini selepas kami ajukan permintaan kepada Baginda tempoh hari. 

“Semoga Tuanku dilimpahi kesihatan, rezeki dan panjang umur,” kata Hazran seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook itu, penyampaian enjin tersebut telah disempurnakan di Istana Flintstones, Mersing.

Yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd. Rahman. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya