Negeri Sembilan mengatasi Selangor, Sabah kes positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan mengatasi Selangor, Sabah kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negeri Sembilan mencatatkan kes positif baharu yang tertinggi iaitu 318 kes mengatasi Sabah 293 kes dan Selangor, 115 kes.

Peningkatan kes di Negeri Sembilan dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Bakti yang melaporkan sebanyak 301 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif terbaharu yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 970 kes dengan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 59,817 kes manakala manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 12,971 kes.

Menurut beliau, terdapat 110 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan dan empat kematian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN