Muatan minuman keras tanpa cukai, pemandu lori ditahan - Utusan Malaysia

Muatan minuman keras tanpa cukai, pemandu lori ditahan

Minuman keras tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dirampas dalam satu tangkapan individu di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan), dekat Rembau, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Rasa curiga sepasukan anggota polis yang sedang melakukan tugas rondaan di lebuh raya membawa kepada tangkapan seorang lelaki berhubung kes muatan minuman keras tanpa cukai di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan), dekat sini, semalam.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 10 pagi itu, seorang lelaki berusia 40-an yang merupakan pemandu lori ditangkap susulan gagal mengemukakan sebarang dokumen penghantaran sah.

Menurut sumber, barang berupa ribuan tin dan lebih 10 botol minuman keras tersebut dipercayai tidak mendapat kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Pasukan yang membuat rondaan melihat sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan dan telah menahan lori berkenaan untuk tujuan pemeriksaan ke atas kenderaan serta pemandu.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan telah mendapati terdapat beberapa kotak yang disusun mengandungi tin dan botol minuman keras pelbagai jenama,” kata sumber berkenaan di sini hari ini.

Sumber itu turut memberitahu, pemandu lori berkenaan telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya