Mesyuarat petang ini bincang isu Kluster Teratai-STFC - Utusan Malaysia

Mesyuarat petang ini bincang isu Kluster Teratai-STFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan isu Kluster Teratai iaitu kluster paling tinggi disahkan menghidap Covid-19 melibatkan pekerja kilang sarung tangan Top Glovedi Meru petang ini.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan pukul 3.30 petang dan dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Kita akan membincangkan berhubung perkara tersebut (Kluster Teratai). Mesyuarat ini mungkin dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman atau wakil daripada Jabatan Kesihatan Selangor.

“Kita ada pendekatan baharu bagi menangani kluster ini,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar memaklumkan Selangor mencatatkan kes baharu positif Covid-19 tertinggi tiga hari berturut-turut dengan mencatatkan 1,623 kes iaitu Kluster Teratai mencatat sebanyak 1,511 kes.-UTUSAN ONLINE

habis///

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya