Mengantuk pandu Mercedes sehingga rempuh pagar - Utusan Malaysia

Mengantuk pandu Mercedes sehingga rempuh pagar

KERETA dipandu seorang ahli perniagaan yang disyaki mengantuk terbabas dan melanggar pagar Japerun Ayer Molek, Melaka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah kereta jenis Mercedes S400 dipandu seorang ahli perniagaan merempuh pagar bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Molek, di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu berlaku akibat pemandu lelaki yang berusia 40 tahun itu dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke Segamat, Johor untuk pulang ke rumahnya.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandu lelaki tersebut disyaki hilang kawalan lalu melanggar pagar hadapan Japerun Ayer Molek.

“Kemalangan itu turut menyebabkan sebuah papan tanda tumbang dan terkena pada sebuah kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hasan Basri berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun telah dibawa ke Hospital Melaka untuk diambil sampel darah bagi tujuan pengesanan kandungan alkohol dan dadah.

Kata beliau, siasatan lanjut masih dilakukan dan kenderaan terlibat akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya