MELAKA: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan apabila 304 penduduk ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 389 mangsa, semalam.
Namun, Daerah Jasin terus menjadi lokasi tertinggi mangsa banjir iaitu 202 mangsa daripada 48 keluarga yang berada di tiga PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel; SK Parit Gantong dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Shuh Yen.
Sementara itu, hanya 89 mangsa daripada 25 keluarga di Melaka Tengah berada di PPS SK Ayer Molek diikuti 13 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS SK Durian Tunggal, Alor Gajah.-UTUSAN ONLINE