MBSA diiktiraf PBT 5 bintang - Utusan Malaysia

MBSA diiktiraf PBT 5 bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya memperoleh Anugerah Cemerlang 5 Bintang dalam Majlis Penganugerahan Bintang Penyampaian Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2018.

Dalam majlis yang diadakan secara dalam talian, MBSA memperoleh markah 97.5 peratus dalam majlis dianjurkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, MBSA berada di tempat kelima teratas daripada semua PBT di Malaysia.

“Pengiktirafan 5 Bintang yang diterima ini dinilai berdasarkan kepada beberapa kriteria antaranya pengurusan organisasi, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan serta penglibatan dan pandangan penduduk.

“MBSA komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat melalui perkhidmatan-perkhidmatan seperti pengoperasian Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels, perkhidmatan bas Smart Selangor, kenderaan komuniti bagi golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dan perpustakaan bergerak untuk kegunaan para pelajar.

“Pencapaian cemerlang ini membuktikan komitmen MBSA menjadi PBT terbaik di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shahrin berkata, bagi menjalin hubungan yang erat bersama penduduk, MBSA menubuhkan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam yang beroperasi di 24 Zon di kawasan pentadbiran MBSA.

Katanya, MBSA juga menganjurkan pelbagai program komuniti melahirkan komuniti yang
sihat dan cergas seperti Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Program Penanaman Pokok Shah Alam Trees For Life, Kebun Komuniti dan sebagainya.

“Dengan pengiktirafan ini, akan menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada seluruh warga kerja MBSA untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya