MB ucap takziah keluarga mangsa tanah runtuh - Utusan Malaysia

MB ucap takziah keluarga mangsa tanah runtuh

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga  kedua-dua mangsa yang terkorban  dalam kejadian tanah runtuh yang  berlaku di sebuah pusat peranginan di  Tambun hari ini.

Beliau berkata, Pegawai Daerah Kinta,  Meor Hezbullah Meor Abd. Malik serta  wakil dari Pejabat Menteri  Besar telah  berada di lokasi bagi membantu jabatan dan agensi terlibat.  

“Difahamkan pergerakan tanah masih  berlaku di lokasi runtuhan dan pegawai  dari Jabatan Mineral dan Geosains  Malaysia, sedang memantau keadaan  dan mencadangkan langkah untuk kerja  menstabilkan struktur cerun. 

“Kerajaan Negeri ingin merakamkan  setinggi-tinggi penghargaan kepada  semua anggota pasukan penyelamat yang telah bekerja keras mengesan  mayat kedua-dua mangsa sejak  dimaklumkan tentang tragedi ini pada  pukul 1.45  pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri menyerahkan  kepada pihak berkuasa yang berkaitan  untuk menjalankan siasatan susulan  tragedi  yang berlaku dan memastikan ia tidak berulang.

Mayat kedua-dua mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah berkenaan ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9.55 pagi.

Mangsa pertama yang dijumpai dikenali Ooi Chee Wei, 39, manakala wanita dipercayai pasangannya, Lee Tze Juin, 32, ditemukan lima minit kemudian. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya