Mayat warga emas terjun sungai ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat warga emas terjun sungai ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mayat warga emas yang dipercayai bunuh diri dengan terjun ke Sungai Batu Pahat ditemukan pada hari ini.

Mayat lelaki berusia 72 tahun dijumpai oleh orang ramai sebaik air sungai mula surut dan tersangkut pada pokok nipah berhampiran dengan jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhampiran Sungai Batu Pahat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis setelah ditemukan.

Kelmarin, jabatan itu dalam kenyataan memaklumkan terdapat saksi di lokasi kejadian yang melihat lelaki itu terjun dari Jambatan Batu Pahat.

Seramai 12 anggota dengan kekuatan lima jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.51 petang pada Selasa lalu.

Maritim Malaysia, pihak polis dan ambulans juga dipanggil untuk terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya