Mayat reput terdampar di Pulau Kekabu - Utusan Malaysia

Mayat reput terdampar di Pulau Kekabu

MAYAT reput yang ditemukan di Pulau Kekabu, Marang, Terenganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Mayat reput ditemukan orang awam terdampar di Pantai Kekabu di sini petang ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, mayat dipercayai lelaki dengan sebahagian anggota badan yang telah tiada itu ditemukan kira-kira pukul 3.30 petang.

“Berdasarkan fizikal mayat kita percaya mangsa bukan warganegara dan dihanyutkan arus sebelum terdampar di pantai ini. Hasil siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zain, mayat berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya