Mayat mendiang Baharuddin dibawa pulang ke Bahau - Utusan Malaysia

Mayat mendiang Baharuddin dibawa pulang ke Bahau

KETUA Polis Kedah, Datuk Hassanudin Hassan (tengah) hadir memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang Koperal Baharuddin Ramli di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hari in
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Mayat mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang maut dipercayai ditembak ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis telah dibawa keluar dari bilik Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas selesai bedah siasat kira-kira pukul 6.20 petang tadi.

Mayat mendiang Baharuddin, 54, dibawa keluar oleh enam orang anggota polis dan diiringi Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.

Proses bedah siasat itu yang bermula pada pukul 2 petang itu mengambil masa lebih enam jam.

Mayat mendiang Baharuddin tiba di Jabatan Forensik HSB pada pukul 11 pagi.

Sementara itu, Hasanuddin memberitahu, mayat mendiang akan dibawa untuk disemadikan di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan.

“Pihak polis Kedah akan mengiringi mayat mendiang Baharuddin ke sempadan Pulau Pinang,” katanya.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ialah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang turut berada Jabatan Forensik HSB pada pukul 6 petang tadi.

“Penghormatan ini harus diberikan kepada pejuang negara yang sanggup terkorban ketika sedang menjaga keselamatan negara,” ujarnya.

Baharuddin maut dipercayai ditembak ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar dalam kejadian pada pukul 3.10 pagi.

Ketika kejadian, Baharuddin bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norijan Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya