Mayat lelaki gantung diri ditemukan jatuh dari bangunan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki gantung diri ditemukan jatuh dari bangunan

MAYAT lelaki yang terjatuh setelah menggantung diri di luar tingkap sebuah bangunan di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemukan terjatuh dari bangunan selepas menggantung diri di luar tingkap di sebuah bangunan di Jalan Pengkalan Barat 32, Pasir Puteh di sini hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui seorang lelaki pada pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati, lelaki itu tergantung di tingkap luar bangunan rumah kedai dua tingkat.

Katanya, lelaki bagaimana pun terjatuh ke tanah semasa saksi sedang menghubungi pihak polis.

“Tempat kejadian merupakan rumah kedai dua tingkat yang tidak di gunakan lagi di mana si mati telah menggantungkan diri dengan tali kecil di luar tingkap. 

“Keadaan tali kecil yang digunakan si mati untuk menggantung diri menyebabkan dia terjatuh ke tanah dari tingkat dua bangunan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas badan si mati tidak menjumpai kesan yang berunsur jenayah. 

Katanya, tiada sebarang dokumen dijumpai di lokasi kejadian bagi mengesan identiti lelaki berkenaan.

“Hasil siasatan luaran tiada kesan-kesan jenayah di badan si mati dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Periksaan di lokasi kejadian mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tambahnya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan waris si mati dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya