Maut merempuh lori treler - Utusan Malaysia

Maut merempuh lori treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang pemandu dan kelindan lori maut apabila lori tiga tan dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah treler di Kilometer 158.7 Lebuh Raya Plus arah utara berdekatan Bukit Gambir di sini hari ini.

Selain itu, seorang rakan mereka cedera parah dalam kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pemandu lori dikenali sebagai E. Gunaseelan, 31, manakala identiti kelindannya masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori berkenaan terkeluar daripada laluannya dan memasuki laluan kecemasan lalu merempuh belakang treler Scania yang berada di tepi lebuh raya.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi rakan sekerja mereka yang turut tersepit cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Tangkak.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.10 pagi dan menghantar seramai 19 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dan BBP Tangkak ke tempat kejadian. Anggota kemudian menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sementara pemandu treler berkenaan yang berusia 35 tahun tidak mengalami kecederaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya