Masjid sebagai pusat sokongan pendidikan - Utusan Malaysia

Masjid sebagai pusat sokongan pendidikan

TUANKU Syed Faizuddin (baju hijau) berkenan meninjau kerja-kerja pembinaan Masjid Al-Munir Batu 5, Kuala Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,  agar masjid di seluruh negeri ini dijadikan sebagai pusat sokongan kecemerlangan pendidikan.

Titah baginda, sebagai pusat komuniti yang dekat dengan masyarakat, masjid boleh berperanan dalam menjayakan hasrat community based learning dalam kalangan pelajar sekolah.

“Dengan mengupayakan masjid, ia akan dapat mengurangkan jurang antara pelajar yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan jaringan internet yang meluas dalam pengajaran dan pembelajaran dari rumah.

“Saya yakin, jika usaha ini dilaksanakan, akses kepada pendidikan dapat dipertingkatkan dan dapat mengoptimumkan peluang mengikuti pendidikan meskipun tidak dapat hadir ke sekolah.

“Perkara ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” titah baginda selepas berkenan meninjau kerja-kerja pembinaan Masjid Al-Munir Batu 5, Kuala Perlis hari ini.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi anakandanya, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Exco kerajaan negeri, Hamizan Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Ketika ini, kira-kira  60 peratus pelajar di Perlis mempunyai kemudahan jaringan atau capaian internet manakala selebihnya tidak berupaya meneruskan proses pembelajaran dengan sempurna melalui dalam talian.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya