Mangsa banjir tertinggi di Dungun, Kemaman  - Utusan Malaysia

Mangsa banjir tertinggi di Dungun, Kemaman 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di negeri ini kembali meningkat dengan pertambahan mendadak mangsa di daerah Dungun dan Kemaman mulai petang ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 4 petang ini, seramai 361 mangsa direkodkan di Dungun manakala 279 orang di Kemaman daripada keseluruhan 698 yang terjejas.

Bagaimanapun, katanya, tiga daerah lain mencatatkan trend penurunan dengan Kuala Nerus hanya menempatkan 27 mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di samping Kuala Terenganu (17) dan Marang (14).

“Data terbaharu petang ini meningkat berbanding pada pukul 12 tengah hari tadi berikutan pertambahan mangsa banjir di Dungun serta pembukaan dua PPS baharu di Kemaman iaitu di dewan serbaguna Kampung Air Putih dan balairaya Kampung Teladas, sekali gus menjadikan kesemua 11 PPS beroperasi.

“Impak hujan lebat pada awal pagi ini di Kemaman menyebabkan air sungai meningkat dengan paras semasa Sungai Kemaman di Kampung Air Putih di samping Sungai Tebak di Kampung Tebak yang telah melepasi tahap bahaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, Che Adam meminta penduduk di kawasan berisiko banjir di Dungun dan Kemaman agar bersiap-siaga untuk berpindah jika keadaan meruncing.

Hujan di Terengganu diramalkan berterusan di seluruh daerah hingga malam esok. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya