Mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 690 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 690 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan peningkatan hampir separuh kepada 690 orang berbanding 352 orang yang direkodkan setakat pukul 6 petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini, sebanyak 24 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah terjejas.

Katanya, daerah itu termasuk Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Besut, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Ketika ini banjir berlaku di semua daerah kecuali Hulu Terengganu, namun kita dalam proses berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.

“Keadaan cuaca di seluruh negeri ketika ini ialah hujan renyai-renyai yang berselang-seli di samping mendung,”katanya kepada pemberita di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya