Mangsa banjir di Sabak Bernam menurun kepada 10 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Sabak Bernam menurun kepada 10 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Jumlah mangsa banjir di daerah ini menurun kepada 10 individu berbanding 30 orang sebelum ini.

Penurunan itu berikutan seramai 20 penduduk di daerah ini telah  dibenarkan pulang bermula pukul 3 petang tadi.

Pegawai Daerah Sabak Bernam, Nasir Mamat berkata, keputusan itu dibuat pihaknya selepas meneliti keselamatan dan keadaan rumah mangsa di Sungai Labu, Taman Ria dan Taman Aman Jaya.

“Oleh demikian, pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Seri Sekinchan ditutup sepenuhnya.

“Setakat ini, semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dan proses pemindahan berjalan lancar,”  katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, 10 mangsa di daerah berkenaan masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Maharajalela.

“Mereka melibatkan penduduk di Jalan Rezab Derahman yang terdiri daripada dua keluarga termasuk tiga kanak-kanak dan dua bayi.

“Paras air di lokasi juga semakin surut namun mangsa belum dibenarkan pulang bagi mengelak banjir kembali berlaku berikutan hujan tidak menentu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya